Saturday 15 June 2019

5 TIPS MENJANA SIDE INCOME DENGAN APLIKASI CASHZINE

Tahniah bagi anda yang sudah download dan register dengan aplikasi CashZine. Anda sudah boleh mula menjana side income minimum RM 1 sehari dan maksimum.... Jumlah maksimum bergantung dengan diri anda sendiri, setakat ini income harian tertinggi yang pernah direkodkan oleh member CashZine ialah sekitar RM 1304 SEHARI!!! Biar betul weh??? Macam mana nak dapat sebanyak tu?




Sebenarnya tak la susah mana pun asalkan anda sentiasa bersemangat dan tidak putus asa.. Baik, di sini saya ingin kongsikan 5 tips untuk menjana wang dengan aplikasi CashZine. Bagi anda yang masih belum mendaftar atau belum tahu tentang aplikasi ini, anda boleh mendaftar di SINI untuk mendapat income permulaan sebanyak RM 0.80sen secara PERCUMA!! Kemudian apa yang anda perlu buat seterusnya hanyalah kumpulkan RM 0.20sen lagi untuk genapkan kepada RM 1 seterusnya buat WITHDRAWAL PERTAMA anda!!

Income RM 1 je?? Baik tak payah!! Selalu orang akan cakap macam ni, suka sangat perlekehkan nilai wang yang kecil kan? Selalu sangat nak dapat income besar sekelip mata.. Kita kalau nak dapat kerja gaji besar pun mesti kena ada pengalaman dan kelayakan yang tinggi, betul tak? RM 1 sehari hanya dengan membaca artikel yang perlukan masa tak sampai 10 minit pun sehari.. Berbaloi la tu kan.. Dengan semangat tak putus asa dan usaha yang berterusan nilai RM 1 tu lama kelamaan akan jadi RM 10, RM 100 malah mungkin sampai RM 1000 sehari.. Ingat, dengan aplikasi ni tiada jumlah yang mustahil..
Ok, tanpa banyak bicara lagi ini dia 5 tips mudah untuk anda mula buat income dengan CashZine..

1) Login ke dalam aplikasi CashZine setiap hari - Aplikasi ini menawarkan login bonus coin antara 5 hingga 20 coins untuk tempoh seminggu. Bermula hari kelapan dan seterusnya anda akan menerima 20 coins setiap hari, dengan syarat anda perlu login secara berturut turut. Jika anda terlupa untuk login pada hari kelapan dan login semula pada hari kesembilan, bonus coin anda akan reset semula kepada 5 coins dan perlu genapkan login seminggu untuk kembali semula kepada bonus 20 coins.. Login setiap hari je boleh dapat duit, mudah kan?




2) Baca artikel dalam aplikasi setiap hari - Anda boleh membaca sendiri artikel artkel dalam aplikasi CashZine untuk menjana income. Anda akan menerima 5 coins bagi setiap artikel yang anda baca, tetapi had maksimum coins yang anda boleh dapat dengan cara ini ialah 500 coins sahaja sehari. Bermakna had maksimum artikel yang anda boleh baca dalam sehari ialah 100 artikel.. Jumlah income sehari pula ialah RM 0.50sen.. Kalau anda konsisten membaca artikel selama sebulan maknanya income bulanan anda hanya dengan membaca artikel ialah RM 15. Syarat untuk bacaan sendiri ialah anda perlu kekal pada artikel sehingga timer penuh satu pusingan.




3) Share artikel dalam CashZine kepada orang lain melalui laman laman sosial seperti WhatsApp, WeChat, MiChat, Instagram, Tumblr, Twitter dan yang sewaktu dengannya. Selain itu anda juga boleh menghantar artikel kepada orang lain untuk dibaca melalui emel, messenger, atau SMS - Sebagai contohnya WhatsApp, anda cuma perlu share artikel ke mana mana group WhatsApp anda ataupun secara personal kepada mana mana rakan anda dan minta mereka klik pada link seterusnya baca artikel secara penuh.. Ya, syaratnya ialah artikel perlu dibaca sampai habis dari atas sampai ke bawah. Kalau nak lebih mudah, anda create satu group WhatsApp baru dan invite seberapa ramai rakan anda. Kemudian anda share artikel ke dalam group tersebut dan suruh semua rakan anda baca secara penuh.
Berapa potensi income anda dengan cara ini? Andaikan anda create satu group WhatsApp dengan member seramai 50 orang, lalu anda share satu artikel bernilai 30 coins dan semua 50 orang dalam group tersebut membaca artikel secara penuh.. Potensi income anda adalah seperti berikut :-

30 coins X 50 bacaan penuh = 1500 coins @ RM 1.50

Jika anda share 10 artikel sehari dan semua 50 rakan membaca penuh :-

30 coins X 10 artikel X 50 bacaan penuh = 15000 coins @ RM 15

Bagaimana pula jika anda create group dengan 100 orang member?? Ataupun 5 group WhatsApp dengan member 50 orang setiap satu group??
Bukan hanya WhatsApp, semua social app yang lain juga boleh guna cara yang sama. Lebih mudah jika anda seorang Instafamous atau ada follower Twitter yang ramai, sudah tentu artikel yang anda share akan mendapat banyak kali bacaan.. Contoh, anda ada 10K followers Twitter dan rata rata setiap tweet anda dibaca oleh 1000 followers setiap hari.. Cuba anda kira sendiri berapa potensi pendapatan anda.. Saya pasti bagi anda yang ramai followers pasti tengah tersenyum lebar sekarang..



4) Create page di Facebook dan share artikel dalam page tersebut - Cara ini agak sedikit sukar kerana baru baru ini Facebook tidak lagi membenarkan artikel CashZine di share di laman itu atas sebab sebab tertentu. Namun CashZine ada menawarkan private channel pada harga tertentu (harga dalam bentuk coins) yang boleh digunakan oleh member CashZine. Private channel ini membolehkan anda share artikel secara bebas ke laman atau page Facebook. Jika anda ada ramai friend Facebook atau ada page dengan jumlah followers yang ramai, pasti anda sudah boleh menganggar potensi income.. Pengiraannya sama sahaja seperti cara 3 di atas..

5) Jemput rakan anda untuk turut sama menjadi member CashZine - Promote CashZine kepada seberapa ramai rakan atau ahli keluarga anda untuk mendaftar. Anda boleh mendapat sehingga 2500 coins @ RM 2.50sen bagi setiap seorang member baru yang anda jemput. Jika anda menjemput 10 orang rakan menjadi member CashZine sehari, potensi income anda ialah :-

2500 coins X 10 orang = 25000 coins @ RM 25




Ok, ini 5 tips yang saya rasa amat berguna bagi anda untuk mula menjana income besar dengan CashZine. Jangan risau dan yang pasti jangan terburu buru, usaha secara perlahan lahan pasti akan membuahkan hasil. Member sedia ada sekarang pun pada permulaan mereka dahulu juga masih merangkak dengan income rendah setiap hari.. Sekarang mereka ada di mana? Anda nilaikan sendiri..

Semoga tips yang diberi ni bermanfaat untuk anda.. Jom jana income sampingan bersama sama. Bagi anda yang masih belum mendaftar dengan CashZine anda boleh daftar dengan mendapat bonus permulaan RM 0.80sen di SINI...

Jangan lepaskan peluang keemasan, sertai kami membuat side income SEKARANG!!


Thursday 13 June 2019

BUAT DUIT DENGAN APLIKASI SHOPBACK

Di zaman yang serba canggih ni, semua benda kita boleh buat hanya melalui online. Sebut sahaja urusan apa, dari urusan perbankan hinggalah kepada urusan pembelian barangan dapur semuanya boleh dibuat menerusi online.

Hal ini memudahkan kita semua terutamanya mereka yang sibuk dengan pekerjaan sehingga tiada masa untuk melakukan urusan urusan tertentu di premis urusan tersebut. Misalnya urusan pembayaran bil atau pemindahan wang di bank bagi mereka yang bekerja dalam waktu pejabat, mereka ini tidak lagi perlu keluar pada waktu pejabat untuk melaksanakan urusan di bank sebaliknya hanya perlu online dan urusan selesai. Bagi surirumah yang perlu menjaga anak di rumah sudah tentu tiada masa untuk keluar ke pasar membeli barang barang dapur, namun kini mereka hanya perlu order barang dapur secara online dan barang tersebut akan dihantar terus ke hadapan rumah. Kini banyak pasaraya yang telah menawarkan perkhidmatan pesanan online antara contohnya ialah Tesco.

Tidak dinafikan kita dapat menjimatkan masa dengan menggunakan perkhidmatan secara online ini, namun ramai sebenarnya yang tidak tahu selain menjimatkan masa kita juga dapat menjimatkan wang bagi setiap perkhidmatan atau transaksi yang kita lakukan. Lebih mudah untuk saya katakan kita dapat membuat income tambahan dengan perkhidmatan online.

Betul ke??

Saya beri contoh, bagi anda yang menggunakan telco prepaid misalnya Digi prepaid. Andaikan anda topup prepaid Digi anda sebanyak RM 100 setiap bulan.. Percaya atau tidak jika saya katakan anda boleh mendapat nilai topup RM 100 dengan hanya membayar  sebanyak RM 93.50 sen?? Di sini anda telah membuat penjimatan sebanyak RM 6.50 ataupun 6.5% daripada jumlah topup.

Contoh kedua, anda membeli barang yang anda suka secara online melalui Lazada.. Andaikan harga barang tersebut berharga RM 100 (Barangan kecantikan). Percaya atau tidak jika saya katakan anda hanya perlu membayar RM 89 untuk barang tersebut?? Di sini anda telah membuat penjimatan sebanyak RM 11 ataupun 11% daripada harga barang.

Contoh ketiga, anda berhasrat untuk melanggan perkhidmatan internet di rumah seperti Unifi, Maxis atau lain lain sebagainya. Percaya atau tidak jika saya katakan anda boleh membuat penjimatan sehingga RM 380 yang dibayar kepada anda secara "one-off" ??

Macam tak percaya je... ?? Boleh ke kita dapat macam tu??

Bagi anda yang tidak tahu, sejak tahun 2016 lagi satu aplikasi/laman web yang membolehkan kita membuat penjimatan ketika berurusan atau membeli barang melalui online telahpun mula bertapak di Malaysia. Aplikasi/laman web tersebut bernama ShopBack.. Ia menawarkan cashback (lebih mudah untuk kita fahami sebagai diskaun) setiap kali kita membuat pembelian atau transaksi melalui online.


Ramai yang telah menggunakan ShopBack dan rata ratanya semua sangat berpuas hati dengan aplikasi ini. Mana tidaknya, mereka sentiasa mendapat cashbak pada kadar yang sangat menarik bagi barang yang mereka beli. Aplikasi ini juga menyokong semua promosi yang ditawarkan oleh aplikasi aplikasi yang lain selain menawarkan kadar cashback mereka sendiri. Maksudnya di sini, jika anda menggunakan aplikasi ShopBack untuk membeli barang di Shoppee umpamanya. ShopBack menawarkan kadar cashback sehingga 6% jika membeli di Shoppee, manakala Shoppee pula pada masa yang sama menawarkan diskaun harga barang sehingga 20%.. Pengiraannya seperti berikut :-

ShopBack = 6% Cashback

Shoppee = Diskaun harga 20%

Handbag (Barang di Shoppee) Harga asal = RM 150
Selepas ditolak diskaun Shoppee 20% >>> RM 150 - 20%(RM 30) = RM 120

Bermakna harga jualan handbag di Shoppee kini ialah RM 120.. Oleh kerana anda membeli barang di Shoppee melalui ShopBack maka anda layak untuk mendapat 6% cashback iaitu bernilai :-

6% daripada RM 120 = RM 7.20 sen.

Maka harga handbag yang anda perlu bayar hanyalah :-

RM 120 - RM 7.20 sen = RM 112.80 sen.



Hanya diskaun sahaja ke yang kita boleh dapat?? Tidak.. Cashback yang kita dapat akan terkumpul kemudian apabila telah mencapai amaun tertentu kita boleh keluarkan jumlah tersebut ke mana mana bank ataupun tukarkannya kepada bentuk kupon pada nilai yang sama. Amaun minimum untuk pengeluaran ialah RM 10 sahaja..

Mungkin anda masih BINGUNG bukan?? Sekejap kata diskaun.. Sekejap kata boleh buat duit.. Yang mana satu ni??

Baiklah, saya jelaskan satu persatu..

1) ShopBack adalah satu aplikasi yang menawarkan cashback kepada semua penggunanya.

2) ShopBack tidak menjual produknya sendiri tetapi menawarkan produk daripada pelbagai syarikat atau aplikasi yang lain seperti Lazada, Shoppee, AliExpress, Booking.com, MAS dan sebagainya. ShopBack menyokong lebih daripada 100 syarikat atau aplikasi..

3) Anda hanya perlu mendaftar dengan ShopBack kemudian log masuk. Setelah masuk ke aplikasi ShopBack, anda hanya perlu membuat pembelian seperti biasa daripada mana mana aplikasi atau syarikat pilihan anda. Hanya perlu klik pada pautan aplikasi tersebut dan anda akan dibawa ke aplikasi tersebut.



4) Buat pembelian dan pembayaran seperti biasa di aplikasi tersebut.

5) ShopBack akan dapat track pembelian anda kerana anda telah melalui aplikasi tersebut sebelum masuk ke aplikasi tempat anda membeli barang.

6) Diskaun atau duit?? Nama pun cashback.. Maka anda akan dapat "wang semula".. Sebenarnya anda akan tetap membayar harga barang tersebut secara penuh, contohnya topup tadi sebanyak RM 100.. tetapi cashback sebanyak 6.5% tersebut akan masuk ke dalam wallet akaun ShopBack anda.

7) Jumlah wang dalam akaun anda akan terkumpul sehinggalah anda membuat keputusan untuk withdraw wang tersebut sama ada dalam bentuk wang ataupun kupon/point. Withdrawal akan diproses masuk ke dalam mana mana bank tempatan pilihan anda..


Secara keseluruhannya aplikasi ShopBack ni memang best kerana ia membantu kita membuat penjimatan yang lebih ketika membeli. Malahan jika anda ada kawan atau ahli keluarga yang shopaholic, anda boleh sahaja mengajak mereka mendaftar dengan ShopBack. Kawan atau ahli keluarga anda pasti akan gembira kerana beliau boleh menjimatkan banyak wang sambil melakukan hobinya. Manakala anda sebagai orang yang memperkenalkan ShopBack akan mendapat bonus sebanyak RM 5. Semakin ramai anda ajak maka semakin banyak juga la bonus yang anda bakal dapat. Selain itu ShopBack juga akan memberikan bonus pendaftaran sebanyak RM 5 kepada semua pengguna baru.

Jadi tunggu apa lagi, daftar sebagai pengguna di SINI sekarang dan mula berjimat...

Saturday 8 June 2019

BUAT DUIT DENGAN APLIKASI TELEFON PINTAR CASHZINE

Viral di kalangan pengguna telefon pintar di Malaysia baru baru ini berkenaan satu aplikasi telefon pintar yang membolehkan penggunanya menjana pendapatan dengan hanya membaca berita atau artikel.

Aplikasi tersebut ialah CASHZINE dan boleh dimuat turun melalui Google Play dan juga Apple Store. Rupanya aplikasi ini sudah mula beroperasi sejak tahun lepas lagi iaitu bulan Ogos 2018 dengan menggunakan nama READWARD namun atas sebab sebab tertentu aplikasi ini dinaiktaraf sekaligus ditukar nama kepada CASHZINE sekitar bulan Disember 2018. Selepas dinaiktaraf, aplikasi ini menjadi semakin menarik dan mesra pengguna serta pilihan untuk membuat income juga semakin diperluaskan.



Aplikasi ini sebenarnya adalah sebuah platform yang menyajikan pelbagai artikel menarik daripada pelbagai sumber sama ada dalam mahupun luar negara. Sumber sumber tersebut membayar aplikasi ini untuk menyiarkan artikel artikel mereka agar mendapat lebih exposure kepada pembaca. Selain daripada itu aplikasi ini juga turut menyelitkan Google Ads pada setiap artikel yang mereka siarkan. Bagi anda yang tidak tahu, pihak Google membayar penyiar iklan mereka bagi setiap seribu impression atau siaran pada kadar yang berbeza beza mengikut jenis iklan dan beberapa lagi kriteria tertentu. Namun yang pastinya kadar yang ditawarkan adalah lumayan dan daripada sini la aplikasi ini membuat keuntungan mereka selain daripada wang bayaran daripada sumber artikel tadi.

Lalu apa untungnya jika anda menggunakan aplikasi CASHZINE ini? Di sini saya kemukakan 4 kelebihan yang akan anda dapat jika mendaftar sebagai pengguna..

1) Download aplikasi dan pendaftaran adalah PERCUMA.

2) Anda akan mendapat wang percuma sebanyak RM 0.80 sen sebagai permulaan jika anda mendaftar di SINI

3) Pengeluaran wang bermula dari serendah RM 1 dan akan dibayar terus ke dalam akaun bank anda.. Sila rujuk bahagian penebusan ganjaran dalam aplikasi tersebut untuk melihat pilihan bank tempatan yang disokong oleh aplikasi ini.

4) Selain berpeluang mendapat income, anda juga akan dapat meluaskan pengetahuan anda dengan membaca artikel artikel yang disajikan setiap hari.



Bagaimana kita boleh menjana income?

Sehingga kini aplikasi ini menawarkan 4 cara utama yang membolehkan anda menjana pendapatan setiap hari iaitu,

1) Membaca sendiri artikel. Bagi setiap satu artikel yang anda baca, anda akan mendapat ganjaran dalam bentuk coin. Coin ini akan terkumpul dan boleh ditebus kepada wang sebenar.

2) Share artikel kepada orang lain. Anda boleh share artikel dalam aplikasi ini kepada orang lain tidak kiralah orang tersebut adalah suami/isteri anda, ahli keluarga, rakan sekerja, mahupun orang lain yang tidak dikenali. Cara untuk share juga boleh dilakukan dengan pelbagai cara, antara cara yang paling mudah adalah melalui aplikasi sosial seperti whatsapp, wechat, twitter dan sebagainya.

3) Selain daripada share artikel, anda juga boleh mengajak rakan atau ahli keluarga anda untuk sama sama join aplikasi ini. Anda akan mendapat ganjaran bonus bagi setiap orang yang anda ajak, dan bagi setiap orang yang anda ajak juga akan mendapat bonus permulaan.

4) Cara terbaru yang diperkenalkan oleh CASHZINE, log masuk ke dalam aplikasi ini setiap hari untuk mendapatkan coin bonus. Dengan hanya log masuk sahaja pun anda boleh menjana income...


Aplikasi ini adalah berasaskan coin, jadi bagaimana nak tebus coin ini kepada wang sebenar?

Asas penukaran coin kepada wang sebenar ialah pada kadar 1000 coin = RM 1

Bagi cara pertama yang saya telah jelaskan di atas, bagi setiap satu artikel yang anda baca anda akan dapat ganjaran sebanyak 5 coin. Maksimum coin yang anda boleh perolehi melalui cara ini ialah 500 coin setiap hari, bermakna jika anda konsisten membaca artikel sepanjang satu bulan anda berpotensi untuk mendapat sebanyak (30 hari X 500 coin) = 15000 coin @ RM15 sebulan.

Bagi cara kedua, jumlah ganjaran coin adalah pelbagai iaitu antara 15 hingga 50 coin bagi satu artikel. Jika anda share satu artikel bernilai 30 coin melalui aplikasi sosial contohnya sebuah group whatsapp berkapasiti 50 orang, dan artikel tersebut dibaca oleh kesemua 50 orang dalam group whatsapp tersebut. Maka potensi pendapatan anda ialah (50 kali dibaca X 30 coin) = 1500 coin @ RM1.50 sen. Jika anda konsisten seperti ini sepanjang satu bulan maka potensi income anda ialah RM 1.50 sen X 30 hari  RM 45. Jika anda share 10 artikel setiap hari, berapakah potensi pendapatan anda?? RM 45 X 10 = RM 450 sebulan. Jika 10 artikel sehari dengan setiap artikel mendapat 100 bacaan?? Anda cuba kira sendiri...

Bagi cara ketiga, anda akan mendapat bonus sebanyak 500 coin @ RM 0.50 sen bagi setiap seorang yang anda ajak mendaftar dengan aplikasi ini, manakala bagi orang yang anda ajak beliau akan mendapat ganjaran permulaan sebanyak 800 coin @ RM 0.80 sen. Jika anda dapat mengajak 10 orang sehari, potensi pendapatan anda ialah (500 coin X 10 orang) = 5000 coin @ RM 5 sehari.. RM 5 X 30 hari = RM 150 sebulan. Jika anda mempunyai ramai kawan yang berminat membuat side income, promote kepada mereka. Anda untung, mereka juga untung.

Bagi cara keempat, memandangkan cara ini baru saja diperkenalkan oleh CASHZINE maka ganjaran yang ditawarkan agak kecil iaitu sekitar 20 coin setiap hari. Namun berkemungkinan besar ganjaran ini akan ditambah pada masa hadapan.

 

Adakah syarat yang perlu dipatuhi untuk memperolehi ganjaran coin?

Ada, iaitu artikel yang anda baca sendiri ataupun artikel yang anda share hendaklah dibaca penuh.. Bermaksud artikel tersebut perlu dibaca dari mula hingga akhir dan sekurang kurangnya lebih sepuluh saat. Jika syarat ini tidak dipatuhi maka anda tidak akan mendapat coin. Syarat ini dikenakan kerana perlu melindungi hak sumber artikel tersebut memandangkan mereka membayar aplikasi ini agar artikel mereka dibaca oleh pembaca. Jika kita hanya scroll sepintas lalu sahaja bermakna kita tidak membaca artikel tersebut sebaliknya hanya bertujuan menerima bayaran semata mata.

Berapa jumlah minimum/maksimum bagi penebusan coin atau pengeluaran wang daripada aplikasi?

Penebusan/pengeluaran bermula pada serendah RM 1 dan biasanya akan diproses dalam masa satu hari bekerja. Manakala penebusan/pengeluaran maksimum setiap hari ialah RM 500. Bagi jumlah pengeluaran melebihi RM 1, pengeluaran wang akan diproses dalam masa tiga hari bekerja. Seperti yang telah saya beritahu awal tadi, wang akan dikredit masuk ke dalam akaun bank tempatan pilihan anda.



Apa yang boleh saya simpulkan mengenai aplikasi CASHZINE ini ialah ia merupakan satu platform untuk kita menjana pendapatan selain memupuk sikap suka membaca. Di Malaysia aplikasi ini masih dianggap baru dan tidak ramai yang tahu mengenainya. Sehingga kini baru 100K+ sahaja yang telah mendaftar dengan aplikasi ini.



Jika anda seorang yang suka membaca, melalui aplikasi ini anda akan dibayar untuk setiap bacaan anda.

Jika anda ada ramai follower di twitter, instagram dan post anda sentiasa dibaca oleh ramai orang maka ini adalah peluang anda untuk menjana income memandangkan setiap bacaan tersebut anda boleh tukarkan kepada wang.

Jika anda seorang yang ramai kawan anda boleh promote aplikasi ini kepada mereka, sambil sambil anda menolong mereka menjana side income anda juga akan mendapat bonus.

Jadi tunggu apa lagi.. Cepat mendaftar di SINI sekarang untuk mula menjana income!!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...